6 Oktober 2018 - 16:50
Iran Patahkan Cubaan Ceroboh Sempadan

Pengawal sempadan Iran berjaya mematahkan cubaan sekumpulan tiga lelaki bersenjata menceroboh ke wilayahnya menerusi Afghanistan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengawal sempadan Iran berjaya mematahkan cubaan sekumpulan tiga lelaki bersenjata menceroboh ke wilayahnya menerusi Afghanistan.

Agensi berita IRNA melaporkan, kesemua suspek adalah pengedar dadah dan ditahan di bandar Nehbandan pada Khamis.


"Sebelum ditahan, pengawal dan kumpulan itu berbalas tembakan. Seorang daripada mereka mati.

"Baki dua lagi suspek cedera dan bertindak menyerah diri," kata jurucakap polis sempadan, Ghassem Rezaei.


Katanya, polis turut merampas beberapa laras senjata dan peluru daripada kumpulan tersebut. - Press TV